Utusan Borneo

Persembahan kebudayaan pelbagai etnik wajar dianjur setiap minggu

Usaha perkenalkan budaya tradisi Sabah kepada pelancong luar, kata Christina

Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Persembahan kebudayaan kepelbagaian etnik di negeri ini wajar dianjurkan setiap Ahad di Lintasan Deasoka di sini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mencadangkan perkara itu kerana ia boleh menjadi sebahagian daripada pameran sempena tamu di Jalan Gaya setiap hujung minggu.

“Ini juga boleh memperkenalkan kebudayaan tradisional kepelbagaian etnik Sabah kepada pelancong luar. “Persembahan ini sekiranya direalisasikan pada setiap pagi Ahad, ia mampu menjadi produk pelancongan baharu bagi menarik pelancong datang ke bandar raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Persembahan Kesenian dan Kebudayaan yang julung kali diadakan oleh Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS)

Cawangan Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Christina menjelaskan sudah berbincang dengan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Noorliza Awang Alip mengenai perkara itu.

Katanya, DBKK bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) akan bekerjasama untuk merealisasikan cadangan itu mengadakan persembahan kebudayaan setiap Ahad.

“Untuk perkara ini, saya mencadangkan agar DBKK membina satu bangunan separa kekal di kawasan Lintasan Deasoka untuk persembahan kebudayaan secara bergilir.

“Komuniti Cina, Kadazan, Dusun, Murut dan etnik lain di Sabah dijemput untuk mempersembahkan tarian tradisional masing-masing,” katanya.

Dalam ucapannya, Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, Sabah menjadi pilihan utama para pelancong asing untuk ber

cuti berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

“Para pelancong kagum dengan keindahan alam sekitar seperti Gunung Kinabalu, destinasi selaman dan pulaupulau yang menarik.

“Selain itu, Sabah juga mempunyai 34 kumpulan etnik yang mana kebudayaan tradisional menjadi tarikan,

sekali gus mampu membantu menjana pendapatan kepada negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu katanya, semua pihak harus mengekalkan keistimewaan kepelbagaian etnik dimiliki Sabah selari dengan slogan kerajaan negeri Sabah Maju Jaya (SMJ).

Dalam pada itu, Christina turut meluluskan peruntukan RM20,000 daripada kementeriannya

kepada PRBSS untuk membeli set alat muzik tradisional Kulintangan untuk aktiviti kebudayaan persatuan berkenaan.

Hadir sama ialah ADUN Petagas Awang Ahmad Sah Awang Sahari; Naib Presiden PRBSS Datuk Japlin Akim dan Pengerusi PRBSS Cawangan Kota Kinabalu Shamsuddin Awang Aman.

Tempatan

ms-my

2023-07-25T07:00:00.0000000Z

2023-07-25T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281814288354888

Borneo Post