APM Sibu berjaya jerut dua ekor ular sawa besar
SIBU: Dua ekor ular sawa berjaya ‘ditewaskan’ dengan penjerut khas oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu di dua lokasi berasingan di sini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sibu Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Mohd Badrudin berkata, seekor ular sawa seberat 10 kilogram ditangkap di Kampung Nangka sekitar jam 11.40 malam kelmarin.
“Terdahulu, seorang lelaki ternampak seekor ular yang berada dalam timbunan kayu di bawah rumahnya.
“Pengadu kemudian menghubungi APM untuk memohon bantuan menangkap reptilia tersebut,” ujar beliau.
Manakala seorang wanita dari Jalan Bruang di sini ternampak seekor ular dianggarkan seberat lima kilogram di dalam reban ayam.
“Setelah menghubungi talian Hotline APM, pihak kami bertindak pergi ke lokasi berkenaan dan berjaya menangkap ular sawa kedua seberat lima kilogram pada jam 5.45 pagi ini (semalam),” katanya.
Seramai tujuh anggota APM Sibu terlibat dalam operasi menangkap keduadua reptilia tersebut.
Wan Mohd Jabir berkata, kedua-dua ular itu telah dibawa balik ke pejabat APM untuk tindakan lanjut.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281822878436718
Borneo Post
