Bomba Miri Sentral musnahkan dua sarang tebuan atas pokok
MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral memusnahkan dua sarang tebuan masing-masing atas pokok sawit dan pokok rambutan di Jalan Lusut di sini kelmarin.
BBP Miri Sentral menerima panggilan sekitar jam 6.30 petang bergegas ke lokasi.
Setibanya pasukan bomba di lokasi, mendapati terdapat dua sarang tebuan iaitu satu sarang berada atas pokok sawit dan satu lagi berada di dahan pokok rambutan berdekatan rumah pengadu.
Setelah ‘saiz up’ dilakukan, operasi memusnah sarang tebuan dilakukan dengan menggunakan obor api dan semburan racun serangga sehingga musnah sepenuhnya.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281840058305902
Borneo Post
