Utusan Borneo

Maklumat tular mengenai kenaikan gaji PDRM adalah palsu: JPM

Jabatan Perdana Menteri semalam menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk ‘PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan

Diumumkan Dalam Masa Terdekat’.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, JPM berkata kenyataan itu adalah palsu.

Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi. Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM melalui Facebook; Twitter; Instagram dan TikTok,” menurutnya. — Bernama

Nasional

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281895892262331

Borneo Post