Utusan Borneo

‘Pengebom teksi’ Iraq marah Britain tolak permohonan suakanya: Polis

COLOMBO: Kumpulan hak asasi manusia Sri Lanka kelmarin memberi amaran bahawa cadangan hukuman penjara kerana menyebarkan maklumat salah di media sosial merupakan salah satu cara untuk menyekat kritikan terhadap kerajaan bergolak di negara pulau itu.

“Rang undang-undang keselamatan dalam talian” yang mewajibkan hukuman penjara lima tahun bagi mana-mana hantaran media sosial yang dianggap oleh pengawal selia kerajaan sebagai “palsu” atau menyinggung bakal dibentangkan kepada parlimen minggu ini.

Draf undang-undang memaksa platform media sosial untuk mendedahkan identiti pengguna yang dituduh melakukan jenayah tersebut dengan denda 10 juta rupee (AS$31,000) kerana tidak patuh.

“Ini adalah undang-undang yang sangat kejam yang akan memberi kesan yang mengerikan kepada seluruh penduduk,” kata Lasantha Ruhunuge dari Persatuan Wartawan Bekerja Sri Lanka.

Menurutnya, kerajaan cuba menyekat perbezaan pendapat demokratik dan menapis kritikan terhadap rasuah, salah urus dan salah guna kuasa oleh ahli politik dan pegawai atasan.

Rang undang-undang itu disenaraikan untuk pertimbangan pada Selasa tetapi ia tidak boleh dibahaskan selama sekurang-kurangnya dua minggu untuk membenarkan cabaran terhadap kesahihannya di Mahkamah Agung.

Organisasi Ruhunuge merupakan salah satu daripada gabungan 18 kumpulan masyarakat sivil yang menentang rang undangundang itu, yang juga akan memaksa penyedia perkhidmatan Internet menyekat akaun yang dianggap kerajaan membahayakan kepentingan negara.

Presiden Ranil Wickremesinghe telah dituduh membanteras perbezaan pendapat sejak berkuasa tahun lalu pada kemuncak krisis ekonomi terburuk di negara kepulauan Asia Selatan itu. — AFP

LONDON: Seorang lelaki kelahiran Iraq yang meletupkan bom di luar hospital United Kingdom (UK) dua tahun lalu adalah atas sebab membalas dendam terhadap kerajaan Britain kerana menolak permohonan suakanya, kata polis kelmarin.

Emad Al Swealmeen, 32, terbunuh apabila dia meletupkan peranti buatan sendiri di dalam teksi di luar Hospital Wanita Liverpool di barat laut England pada November 2021.

Tiada orang lain yang maut dalam serangan yang gagal itu, dengan pemandu teksi berjaya melarikan diri dengan mengalami kecederaan ringan.

Letupan berlaku sejurus sebelum acara untuk menghormati kematian tentera perang pada Remembrance Sunday dan pihak polis lantas mengisytiharkannya sebagai insiden pengganas.

Siasatan polis telah menyimpulkan tiada bukti bahawa Swealmeen mempunyai pandangan ekstremis.

“KemungkinanSwealmeen marah terhadap kerajaan Britain kerana enggan menerima permohonan suakanya, ditambah lagi dengan masalah kesihatan mentalnya dan akhirnya gabungan faktorfaktor tersebut menyebabkan dia melakukan serangan berkenaan,” kata laporan polis itu.

Detektif Superintendan Andy Meeks, dari unit memerangi keganasan untuk barat laut England, berkata Swealmeen dipercayai merancang untuk meletupkan bomnya di hospital, tetapi ia berkemungkinan meletup lebih awal daripada yang dirancang.

Letupan itu berlaku sebulan selepas seorang ahli parlimen Britain mati ditikam ketika bertemu pengundi di kawsan tenggara England.

Kedua-dua serangan itu mendorong kerajaan untuk meningkatkan tahap ancaman keganasan daripada “besar” kepada “teruk” – kedua tertinggi dalam skala – bermakna satu serangan “berkemungkinan besar” berlaku.

Swealmeen pernah disabitkan kesalahan sebelum ini dan telah menuntut suaka secara palsu sebagai pelarian Syria di UK selepas tiba secara sah menggunakan pasport Jordan.

Permohonan suakanya telah ditolak dan polis antikeganasan mencadangkan bahawa Swealmeen mungkin telah memeluk agama Kristian dengan harapan dapat mengukuhkan sebabnya untuk kekal di Britain. — AFP

Dunia

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281908777782638

Borneo Post