Utusan Borneo

SPRM pelopori kaedah siasatan jenayah kewangan: Azam Baki

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan lagi skop penyiasatannya dengan mempelopori kaedah siasatan jenayah kewangan bagi menyiasat sebarang salah laku dalam kewangan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia merupakan kaedah terkini digunakan suruhanjaya itu bagi menyiasat kes-kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan jumlah kewangan berskala besar dan berprofil tinggi.

“Kaedah siasatan jenayah kewangan ini bukan saja dilaksanakan dan dipelopori oleh SPRM tetapi kita akan bekerja bersama beberapa agensi lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila siasatan melibatkan kes yang besar atau yang bersindiket (syndicated crime) berkaitan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa wawancara khas sempena ulang tahun SPRM ke-56 di Ibu Pejabat SPRM, di sini baru-baru ini.

Azam berkata SPRM perlu menggunakan kaedah dan strategi bersesuaian dengan peredaran semasa dalam usaha menangani rasuah dan salah guna kuasa dengan lebih efektif. — Bernama

Nasional

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281990382161262

Borneo Post