Chelsea miliki jentera serangan padu
Menundukkan pasukan lawan, Fulham 2-0 sentuhan Broja dan Mudryk
LONDON:Chelseaakhirnya menemui rentak di jentera serangan pada Isnin dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh 82 saat untuk kemenangan bermakna 2-0 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris ketika Mykhailo Mudryk akhirnya menjaringkan gol.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino bertandang ke kelab jiran dengan hanya berkelebihan dua mata di atas zon penyingkiran dan hanya menjaringkan lima gol setakat ini.
Mensia-siakan peluang awal kelihatan masih menghantuiChelseatetapiMudryk, pemain sayap antarabangsa Ukraine menjaringkan gol pertamanya bersama Chelsea pada minit ke-18 sebelum Armando Broja menambah jaringan beberapa saat kemudian.
Kemenangan melonjak Chelsea ke pertengahan liga dan mengurangkan tekanan ke atas pengurus baharunya, Pochettino, di mana pasukannya gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan liga terakhir.
Bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Paris SaintGermain (PSG) itu menuntut ketajaman di hadapan pintu gol dan kegelisahannya diakhiri dengan dua gol pantas dalam separuh masa pertama.
“Ia penting untuk kami membina keyakinan dan kepercayaan dalam diri kami sendiri,” kata Pochettino ketika memberitahu penyiaran Sky Sports.
“Prestasi pasukan adalah sangat bagus, saya berasa sangat gembira dengan pemain dan pada akhir kami mendapat apa yang selayaknya.”
Chelsea bermula dengan memberangsangkan di Craven Cottage tetapi gagal mengambil kelebihan.
Broja, yang membuat penampilan kesebelasan utama yang pertama sejak
November 2022, merembat bola tinggi dari kedudukan ofsaid tidak lama selepas sepak mula dan Mudryk juga mensia-siakan satu peluang awal.
Tetapi Chelsea mendapat ganjaran pada minit ke-18 apabila satu hantaran jauh dari pertahanan menemui Levi Colwill di sayap kiri.
Colwill kemudian mengumpan bola kepada Mudryk, yang mengawal bola dengan dada sebelum melakukan satu penyudah kemas untuk gol pertamanya sejak perpindahan dari Shakhtar Donetsk pada bulan Januari.
Chelsea menambah jaringan apabila Broja mengambil sepenuh peluang dari kesilapan pemain pertahanan tengah Fulham, Tim Ream, yang menghadiahkan bola kepada pemain baharu Chelsea, Cole
Palmer.
Bekas pemain kelab Manchester City itu mengumpan bola ke arah pintu gol tetapi Ream menghadangnya dengan bola sampai ke kaki Broja dan melantun masuk ke pintu gol.
Chelsea, bermain dengan penuh semangat, hampir menambah gol ketiga tetapi rembatan Enzo Fernandez sedikit tinggi.
Fulham gagal mencipta sebarang peluang tepat dalam separuh masa pertama, walaupun Raul Jimenez melihat tandukannya dari satu tendangan sudut Andreas Pereira agak tinggi dari pintu gol.
Mudryk tidak keluar selepas rehat dan digantikan oleh pemain pertahanan, Ian Maatsen.
Fulham kelihatan lebih bersemangat selepas rehat dan pengurusnya, Marco Silva memasukkan penyerang Alex Iwobi dan Carlos Vinicius dalam 10 minit pertama separuh masa kedua.
Vinicius melihat tandukannya sedikit tinggi sebelum penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez berjaya merampas kembali bola selepas tendangan golnya dipintas Pereira.
Chelsea tidak bernasib baik sekali lagi apabila rembatan kencang Maatsen terkena palang dengan penjaga gol Fulham, Bernd Leno sudah tertewas.
Fulham mempunyai satu lagi peluang untuk merapatkan kedudukan tetapi rembatan Sasa Lukic dari dalam kotak penalti meluru tepat ke arah Sanchez.
Dengan kemenangan itu, Chelsea naik ke tangga ke-11 liga, di hadapan Fulham dengan perbezaan gol. — AFP
“Prestasi pasukan adalah sangat bagus, saya berasa sangat gembira dengan pemain dan pada akhir kami ” mendapat apa yang selayaknya.
Mauricio Pochettino Jurulatih Chelsea
Sukan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281994677128558
Borneo Post
