Utusan Borneo

Tiga pemain skuad bola sepak wanita Sepanyol sahkan Hermoso tertekan dicium tanpa kerelaan

MADRID: Tiga pemain dari skuad bola sepak wanita Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia Wanita 2022, termasuk pemenang Ballon d’Or (Wanita) Alexia Putellas, memberitahu hakim pada Isnin bahawa rakan sepasukannya, Jenni Hermoso, berada dalam tekanan selepas dicium secara paksaan oleh bekas presiden bola sepak kebangsaan Sepanyol, Luis

Rubiales, menurut sumber kehakiman.

Rubiales melakukan ciuman di bibir Hermoso selepas final Piala Dunia, dengan pemain mendakwa ciuman di bibir itu tanpa kerelaannya.

Rubiales meletak jawatan bulan lepas setelah kritikan dari seluruh dunia ekoran tindakannya itu.

Putellas, Irene Paredes dan Misa Rodriguez mengesahkan bahawa ciuman Rubiales ke atas Hermoso adalah tanpa kerelaan dan juga Rubiales dan wakilnya kemudian memberikan tekanan ke atas pemain selepas tindakan itu.

Putellas dan Paredes, yang beraksi untuk kelab bola sepak wanita Barcelona, didengar menerusi sidang video dari Barcelona, sementara Rodriguez, seorang penjaga gol, bercakap di Audiencia Nacional, mahkamah jenayah utama Sepanyol.

Rubiales, yang didakwa dengan “serangan seksual” dan juga “paksaan”, sentiasa menegaskan bahawa ciuman itu adalah dengan kerelaan.

Dia sudah digantung oleh hakim untuk menghampiri Hermoso dalam jarak 200 meter.

Jorge Vilda, yang dipecat sebagai jurulatih skuad bola sepak wanita Sepanyol apabila insiden itu semakin memuncak, dan ketua pemasaran persatuan bola sepak Sepanyol, Ruben Rivera, juga akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah pada 10 Oktober dan jurulatih skuad kebangsaan lelaki, Albert Luque, akan dipanggil pada 16 Oktober. — AFP

Sukan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/282007562030446

Borneo Post