Kempen kelayakan Piala Dunia 2026: Neres gantikan tempat Raphinha dalam skuad kebangsaan Brazil
RIO DE JANIERO: David Neres akan menggantikan tempat Raphinha dalam skuad kebangsaan Brazil menjelang perlawanan terbaharu kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Raphinha, pemain sayap kelab Barcelona itu digugurkan dari skuad bimbingan Fernando Diniz selepas mengalami kecederaan ketika Barca menewaskan Sevilla dalam aksi La Liga Sepanyol pada hujung minggu lepas.
Neres, yang beraksi bersama kelab Benfica di Portugal, akan menggantikan tempat
Raphinha ketika dia memburu sasaran untuk membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Brazil sejak 2019.
“Raphinha dikeluarkan dari skuad kebangsaan Brazil berikutan dengan satu perbincangan di antara doktor pasukan, Rodrigo Lasmar, dan jabatan perubatan di peringkat kelabnya,” menurut pengesahan satu kenyataan Brazil.
“Sebab keputusan ini adalah kerana satu kecederaan di belakang paha kanan pemain.
“Menggantikan tempatnya, jurulatih Fernando Diniz memanggil David Neres dari Benfica, untuk perlawanan seterusnya menentang Venezuela pada 12 Oktober di Cuiaba dan kemudian menentang Uruguay pada 17 Oktober di Montevideo untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026.”
Brazil ketika ini mendahului kumpulan kelayakan Zon Amerika Selatan dengan rekod 100 peratus kemenangan, meletakkan mereka di hadapan Argentina dengan perbezaan gol. — AFP
Sukan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/282020446932334
Borneo Post
