Utusan Borneo

Limbang, Meradong terbukti unggul

Kedua-dua pasukan itu masing-masing bergelar juara kategori lelaki dan wanita Kejohanan Bola Tampar Bawah-16 Sarawak 2023

Oleh Borhaniza Ali Basah

“Saya boleh lihat kita mampu berjaya pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan datang yang akan diadakan di ” tempat yang sama.

SIBU: Pasukan lelaki Limbang dan pasukan wanita Meradong masing-masing dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Bola Tampar Bawah-16 Sarawak 2023 di Stadium Bola Tampar Sibu, Ahad lalu.

Pasukan lelaki Limbang menewaskan pasukan Miri dengan 3-2 dalam aksi perlawanan akhir, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Mukah dalam kategori lelaki.

Sementara itu, dalam kategori wanita pasukan Miri dan Mukah masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Penutupan kejohanan itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak, Dr

Gregory Hii.

Dalam ucapannya, beliau berkata perlawanan akhir antara Limbang dan Miri menunjukkan standard yang baik dan ramai pemain mempunyai ketinggian kalangan mereka.

“Saya boleh lihat kita mampu berjaya pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan datang yang akan diadakan di tempat yang sama,” katanya pada penutupan kejohanan itu di sini Ahad lalu.

Sehubungan itu, Hii menasihati pemain-pemain yang menang menunjukkan sikap rendah hati dan mereka menghadapi kesulitan digesa bekerja lebih keras supaya dapat berprestasi lebih baik pada tahun hadapan.

Dr Gregory Hii Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak

“Namun, kerana mereka semua adalah pelajar, mereka tidak boleh mengabaikan pelajaran kerana sukan dan pelajaran boleh dijalankan bersama,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sarawak, Dr William Ting dan Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sibu, Datuk Moh Wung Ming.

Sukan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/282037626801518

Borneo Post